Assalamualaikum semua =)
Pejam celik tengok-tengok ini adalah tulisan saya yang ke 100. Yeahh!!! kalau buat buku tebal agaknya. Daripada cerita budak-budak, gedik-gedik, juga cerita yang tah kelaut, sekarang cara berblog saya semakin 'dewasa' dan matang. Insyaallah walaupun tidak banyak sangat cerita tetapi setiap langkah haruslah ada perubahan.
Bercerita tentang perubahan, adakah anda sudah berfikir untuk berubah menjadi yang lebih baik dari sebelum ini? jika belum apa kata bermula dari sekarang anda tanamkan niat dulu? ya!!! kalau berhajatkan sesuatu harusla bermula dengan niat dulu kan?
Bercerita tentang saya? Alhamdulillah niat itu sudah lama tertanam dan sedang bertatih, semoga langkah yang diorak akan lebih dekat ke jalan Allah. =) tetapi saya sebagai sorang wanita agak terasa dengan sesetengah orang yang memperlekehkan azam dan niat seseorang itu untuk berubah. contoh yang senang adalah daripada free hair kepada bertudung, janganlah patahkan semangat orang lain yang hendak memakai tudung, walaupun tidak comel, terlalu ikot trend, selekeh dan senget-senget at least dia sudah selangkah kehadapan berbanding anda yang hanya tahu mengata. Kita sebangai penonton apa salahnya mendoakan supaya wanita tersebut akn dapat menutup aurat dengan sempurna (yaa! doakan saya juga)
Saya tidaklah alim ulama atau penceramah, saya hanya melontarkan pendapat dan perasaan saya kerana kadangkala masyarakat hanya inginkan yang perfect tanpa menilai langah seseorang itu untuk menjadi lebih baik. JOM BRUBAH BERSAMA!
MiraHana