Friday, October 11, 2013

Pilihan cinta

Assalamualaikum...

Bila berkata tentang cinta semua tunjuk hebat. Akulah pencinta paling setia, akulah sang jejaka/gadis yang jujur... Banggakah dengan cinta itu? apa ertinya cinta? bagi mira sendiri cinta itu ibarat malapetaka, ujian bagi remaja dalam mendewasakan diri, kerana cinta itu sendiri tiada satu pun kebaikan... keluar dating habis masa habis duit... tapi benda paling penting bila ''kita harus memilih cinta dalam bercinta''. bagi saya sendiri tidak salah jika bercinta tetapi kan lagi bagus kalau si pasangan sama-sama saling nasihat menasihati contohnya si jejaka mengajak wanita itu berhenti berchatting apabila sudah masuk waktu solat, menceritakan kebaikan melakukan ibadah sunat, sama-sama memberi dorongan untuk ubah diri lebih dekat dengan Allah... Subhanallah... indahnya kalau ada sahabat sebaik itu...

Apa yang dimaksudkan dengan ''memilih cinta dalam cinta''? pernahkah kita merasa dilema bila kita harus memilih antara cinta manusia dan cinta Allah... erti kata yang simple bila kita ingin menyayangi manusia tetapi kita takut jika kita jauh dari cinta Allah... insan yang benar-benar layak memiliki cinta kita adalah ibu bapa. cinta hati yang telah melahirkan, membesarkan, dan mendidik kita...

ask urself who deserve our love?

MiraHana

Wednesday, August 21, 2013

Menu berbuka puasa

Assalamualaikum...

Harini genap 3 hari mira berpuasa (puasa 6), dan untuk harini special sikit menu die sebab im carving for cream of mushroom dgn garlic bread, tengok kat kedai yg instant da mahal, dulu mira beli rm3 je... so senang cerita mira buat la sendiri, untuk resepi cream of mushroom mira refer buku 'profesional cooking 6th edition' tapi yelah kat Malaysia ni tak semua benda available, dan mira olah menjadi resepi yang paling simple. ok here we go:

500 ml full cream milk
1/2 no onion
1 nos garlic
2 nos button mushroom
1 tbsp butter
1 tbsp all purpose flour
some sautee mushroom for garnishing

1. Blend onion, garlic, button mushroom
2. Sautee the blended ingredients (sampai wangi)
3. Masuk kan sautee mushroom (actually benda ni kena letak time nak hidang, tapi sebab mira malas nak garnish so campak2 je lah) dan masukkan susu, tukar api kecil, function api kecil ni untuk elak susu jadi curdle.
4. Dalau periuk yang lain buat blond roux (function roux ni sebagai thickening agent selalu guna dalam western dish)  masak butter dengan tepung sampai perang sedikit
5. Bila soup tadi da menggelegak masukkan roux. (untuk mix thick liquid ke thin liquid, mula2 kena campurkan 1 ladle thin liquid ke dalam thick, kemudian masukkan liquid yang dicampur tu ke dalam thin liquid)
6. Perasakan dan bring to boil, siap....

untuk garlic bread lagi la senang, siap boleh tinngal solat asar sementara dia masak; resepi ni dapat masa kelas basic western dengan Cik Mat masa diploma dulu.

4 keping roti buku (better guna french loaf)
1 tbsp margerine
3 nos garlic

1. Cincang garlic sampai halus dan campurkan margerin, kacau sehingga rata, ketepikan.
2. Potong roti kepada 3 bahagian
3. Sapu roti dengan margerin garlic tadi dan susun di atas baking tray
4. Bake selama 15 minit, 150 degree celcius

kalau ada gambar mesti lagi senang, tapi nak buat macam mana orang puasa tak boleh tenung makanan lama2... bwahaha (alasan je)...

MiraHana

Tuesday, August 20, 2013

Do yo believe in cinta?

Assalamualaikum...

Recently there are questions in my mind about love. What people seek in cinta? Why people easily fall in love? and Why people when madly-in love they are acting like other person sampai boleh lupa bini tua kat rumah, sampai tertinggal awek kat kampung...

Dan ini mungkin boleh jadi jawapan untuk sedikit dari persoalan itu, dipetik dari tulisan Aiman Azlan (die lagi... haih)

So what really is this thing called love? Anthropologist Helen Fisher, a professor at Rutgers University, has conducted an extensive research on the biochemical pathways of love in all its manifestations: lust, romance, attachment, the way they start and wane, etc. Here is part of what her research is about:-

"After doing MRI on the brain of two lovers - they had been 'madly in love' for seven months during that time - she found out that parts of brain linked up to reward and pleasure - the ventral tegnmental area and the caudate nucleus- lit up. What excited Fisher most was not so much finding a location, an address, for love as tracing its specific chemical pathways. Love lights up the caudate nucleus because it is home to a dense spread of receptors for a neurotransmitter calleddopamine, which Fisher came to think of as part of our own endogenous love potion. In the right proportions, dopamine creates intense energy, exhilaration, focused attention, and motivation to win rewards. It is why, when you are newly in love, you can stay up all night, watch the sun rise, run a race, ski fast down a slope ordinarily too steep for your skill. Love makes you bold, makes you bright, makes you run real risks, which you sometimes survive, and sometimes you don't." [The Chemistry of Love, National Geographic]

Sounds familiar? Mind you that mentally-ill people also shows high amount of dopamine in their brain, and scientists cannot tell apart one who is mentally-ill and one who is 'madly in love' by just MRIing their brains. Cool, right? The meaning of 'madly in love' is more real than what we think of, as the brain chemistry of infatuation is indeed akin to mental illness. Tak heran la, pijak semut pon tak mati, lautan api pon akan ku redah, dan gunung tinggi mana pon akan ku daki. Do you think an orang gila can make a sound judgement? The fact is, when you are in deep romantic obsession, you just want to win rewards from your partner due to the excessive dopamines, not objectively finding faults in him or her as you claim. Of course nobody is perfect, there is no point in finding every faults in your partner, and supposedly marriage is about reconciling differences and accepting the fact that your partner is another human being, inescapable from making mistakes.

So simple words is org bercinta = org gila
Alamak... macam mana ni? 
Biarkan kisah ini tergantung, lepasni kalau boleh Mira nak cari dari sudut agama pulak... biarkan la Cik Mira menggogle... hewhew...

JANGAN DITANYA HATI INI JIKA HANYA UNTUK DISAKITI, JANGAN DIMINTA DIRI INI JIKA HANYA UNTUK DIJADIKAN KULI... (...dear husband in future)

tagtagtagtag: fb Aiman Azlan

MiraHana

Saturday, July 20, 2013

Kisah terawih

Assalamualaikum...

sebelum tu nk tiup habuk kat blog ni dulu puhh... puhh... okay boleh start cerita. Kisahnya bermula di UiTM kampus Dungun, menjadi rutin bila masa lapang sy dan roomate akan pergi terawih bersama. pada hari itu memandangkan tiada tugasan-tugasan lain, saya bercadang untuk pergi terawih. okay dipendekkan cerita kami tinggal di kolej kapas (berdekatan dengan pintu utama kampus) dan masjid lebih kurang 1km dari kolej kami(melalui jalan short cut) jika melalui jalan ini, kami akan merentasi bangunan-bangunan karah. Bangunan karah adalah bangunan yang tertua di kampus kami dengan fizikalnya yang agak ermmm.... macamtulah dan bangunan diperbuat daripada kayu, selain keunikan bangunan tersebut, kawasan karah juga terkenal dengan kisah mistik kisah ini kerap menjadi tumpuan warga kampus.

Setelah sampai di masjid kami melakukan ibadah terawih seperti biasa, roomate sy buat terawih 8 rakaat, dan sy buat 20 sebab selepas terawih fakulti ada menganjurkan qiamulail, so di sinilah saya ditinggalkan berseorangan oleh mereka. setelah selesai melakukan terawih, sy membatalkan niat untuk qiamulail, so sy balik lah... ketika itu sy berseorangan, untuk melalui karah memang taklah, so sy decide untuk lalu jalan yang jauh tetapi tetap melalui karah, yang beza cuma jalan itu banyak lampu.

langkah pertama, kedua, ketiga, toleh karah... tengok bulan... glupp... (dalam hati da rasa takot). teruskan lagi langkah kalini lebih laju, toleh karah. kemudian ape lagi pecut lari sampailah kolej. tempat pertama saya pergi adalah bilik kawan sy sebab tu je yg dekat. pada mulanya mereka ingat sy dikejar someone rupanya ada perempuan penakot.... tergelak-gelak mereka dengar cerita sy.

p/s: ini adalah kisah benar pengalaman terawih awesome saya ketika diploma 2 tahun yang lalu. sekarang x lalu karah lagi... bye2...gud luck next generation.... ahaha... dan, jangan lupa Allah s.w.t, benda-benda tu semua cuma mainan emosi semata-mata.

SALAM RAMADHAN, TINGKATKAN IBADAH, KURANGKAN PERKARA LAGHA...

MiraHana

Sunday, June 16, 2013

Cinta kerana Allah

Assalamualaikum

Ini salah satu vlog yang menarik minat mira untuk menonton sebab, selain true story ada jugak motivasi utk mereka yang putus cinta... even though im not in lovelove mood, at least mira tau macam mana bercinta cara islam. i'll do it insyaallah....



he has said that " Jika seseorang hamba menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah). Maka, Allah akan memberikan sesuatu yang diinginya itu mengikut jalan yang halal "

" Sacrifice your pleasure for the pleasure of Allah .."


MiraHana

Wednesday, June 5, 2013

kami dah!!! anda bila lagi?

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak segulung diploma,
saya Mira Hana tak tau nak gambarkan macam mana, perasaan bercampur baur, masa mula-mula nak pergi raptai mira ada jugak bagi tau kat member-member ''jangan terkejut kalau tengok aku nangis''... nak tau kenapa? sebab memang rutin tiap kali tengor paper gambar akak-akak konvo tunjuk sijil kat parents, macam sebak pulak, sobs.... (ni pun rasa nak nangis).

Alhamdullilah pada kali ini istiadat konvokesyen kali yang ke 78, bertempat di dewan aspirasi kampus dungun, saya Mira Hana telah dianugerahkan diploma dari UiTM. Sumpah ini sijil yang paling susah nak dapat selepas SPM sob...sob...


owh ya tentang kursus yang mira ambil di uitm. Diploma pengurusan perkhidmatan makanan fakulti pengurusan hotel dan pelancongan. pada asalnya dikenali sebagai institutional catering. program ini lebih kepada pengurusan makanan which is dari kita pilih raw material sampailah makanan itu terhidang kat customer, (ala senang mak selalu buat kat rumah)... yes... mmg mak-mak selalu buat tapi ni merangkumi semua aspek seperti nutrition, warna dalam satu pinggan, dan kos makanan. selain itu kami juga ada belajar basic management dan kulinari. hah... cukup kau nak jadi apa-apa... dan peluang kerjaya kalau kita tanya senior-senior kebanyakannya mereka memilih untuk menjadi pegawai pengurusan makanan (kerja government), manager restaurant, dan tauke kedai. sebagai kesimpulan antara semua jabatan dalam fakulti kami antara yang independent. so kepada adik-adik pilihlah dengan sebaiknya.  

MiraHana

Sunday, March 24, 2013

Saya kini di Shah Alam

Assalamualaikum...

Hai, Mira Hana kini berada di Shah Alam untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya Degree (Insyaallah), dan kerja sebagai assistance restaurant manager (trainee) mira tinggal lepas habis tempoh training, kejam x kejam lantak lah, mira nekad nak sambung blajar.

Alhamdulillah mira mula mendaftar pada 2.3.2013 di kolej kediaman seroja. mira bertolak pada jam 7.30 dari Banting. dan mendaftar pada 9.30... bilik mira di tingkat 4 dan yang paling menarik ketika memindahkan barang2 saya telah disambut baik oleh 'penghuni tetap' kolej tersebut 'cik monyet', mereka sangat baik dan friendly (=^0^=)

the entrance =)
Bilik sangat best walaupun kolej lama, satu bilik 6 penghuni, sangat luas dan boleh main guling2 dari pintu hingga tingkap, serius.... roomate saya still classmate satu group dan seorang dari fakulti art and design (fashion) mira suka tgok die lukis2... hehe...

katil yang ade rilakkuma tu saya punya ;*

see besar kan?
pada malam tersebut, kami buat 'kenduri' dengan menu2 yang sangat berkolesterol which is McD delivered by abg kpd ainil (romate)

tu diaa... orang kebulur sehari tak makan

pada keesokan paginya kami seperti kutu kebodohan. monyet tengok kami dan kami tengok monyet. then jeng... jeng... classmate masa tingkatan 1 call ajak pegi cc. terimbau kenangan lama masa tingkatan 1, kami sama2 duduk kelas 'bebal' kami fight kalau tak saya dapat tempat pertama mesti dia yang dapat macam dah tak ada calon lain. at last dia tinggalkan saya dan masuk sekolah teknik (~.~) akhirnya jumpa balik kat sini walaupun dia jadi senior (ala beza satu sem jerr...)

dan pada ari isnin bermulalah ceramah dan kelas2 berikutnya... 

tepi jalan pun sempat snap2

hai ini classmate baru saya (gurlz only, yg laki x nk amik tau)

dan officially saya seorang pelajar degree (hons) science in foodservice management (minor culinary) di UiTM Shah Alam. Insyaallah saya akan cuba yang terbaik di sini..... i will limit my social life walaupun da dekat dengan KL tuu... saya sayang ma/pa sy <3 p="">
p/s: next time kalau tak de assignment mira nak upload cerita kelas pastry

MiraHana