Assalamualaikum...
sebelum tu nk tiup habuk kat blog ni dulu puhh... puhh... okay boleh start cerita. Kisahnya bermula di UiTM kampus Dungun, menjadi rutin bila masa lapang sy dan roomate akan pergi terawih bersama. pada hari itu memandangkan tiada tugasan-tugasan lain, saya bercadang untuk pergi terawih. okay dipendekkan cerita kami tinggal di kolej kapas (berdekatan dengan pintu utama kampus) dan masjid lebih kurang 1km dari kolej kami(melalui jalan short cut) jika melalui jalan ini, kami akan merentasi bangunan-bangunan karah. Bangunan karah adalah bangunan yang tertua di kampus kami dengan fizikalnya yang agak ermmm.... macamtulah dan bangunan diperbuat daripada kayu, selain keunikan bangunan tersebut, kawasan karah juga terkenal dengan kisah mistik kisah ini kerap menjadi tumpuan warga kampus.
Setelah sampai di masjid kami melakukan ibadah terawih seperti biasa, roomate sy buat terawih 8 rakaat, dan sy buat 20 sebab selepas terawih fakulti ada menganjurkan qiamulail, so di sinilah saya ditinggalkan berseorangan oleh mereka. setelah selesai melakukan terawih, sy membatalkan niat untuk qiamulail, so sy balik lah... ketika itu sy berseorangan, untuk melalui karah memang taklah, so sy decide untuk lalu jalan yang jauh tetapi tetap melalui karah, yang beza cuma jalan itu banyak lampu.
langkah pertama, kedua, ketiga, toleh karah... tengok bulan... glupp... (dalam hati da rasa takot). teruskan lagi langkah kalini lebih laju, toleh karah. kemudian ape lagi pecut lari sampailah kolej. tempat pertama saya pergi adalah bilik kawan sy sebab tu je yg dekat. pada mulanya mereka ingat sy dikejar someone rupanya ada perempuan penakot.... tergelak-gelak mereka dengar cerita sy.
p/s: ini adalah kisah benar pengalaman terawih awesome saya ketika diploma 2 tahun yang lalu. sekarang x lalu karah lagi... bye2...gud luck next generation.... ahaha... dan, jangan lupa Allah s.w.t, benda-benda tu semua cuma mainan emosi semata-mata.
SALAM RAMADHAN, TINGKATKAN IBADAH, KURANGKAN PERKARA LAGHA...
MiraHana
No comments:
Post a Comment