Assalamualaikum...
First of all mira nak minta maaf kalau mira jarang-jarang update, lagipun blog macamni sape je la nak baca kan? Ni pun mira curi masa nak update. Alhamdulillah murah rezeki mira habis belajar je dapat peluang kerja. walaupun sekarang ni kerja terok tapi at least mira da cuba yang terbaik.
Mira sekarang kerja kat KFC, mira masih dalam training untuk jawatan tertentu dalam KFC, insyaallah tinggal dua bulan mira training, dan tinggal department cook yang mira belom masuk. Mula-mula nak mintak kerja KFC mira fikir banyak kali sebab yaa mira ni kan diploma holder apelah kerja KFC macam budak bru abis SPM je. Tapi yang membuatkan mira masih bersemangat nak mintak bila mira tengok peluang kerja lain mesti diaorg masukkan 'pengalaman bekerja' dalam syarat layak memohon kerja, oleh sebab mira ni fresh grad dan tidak memiliki pengalaman mira mintaklah jawatan **** (taknak sebut) kat KFC. dan yaa sekarang sudah sebulan enam hari mira bekerja dan mira boleh lakukan dengan cemerlang.
Cerita tentang tempat kerja mira. Banyak sangat pengalaman yang mira belajar bila masuk alam pekerjaan, macammana nak bawak diri, macammana nak balancekan social life dengan personal life dan paling penting macammana nak handle customer complain (mira selalu dapat department cashier). Paling mira suka pasal tempat kerja bila dapat workmate yang sekepala. even though kebanyakan antara mereka lebih muda dari mira tapi mira dapat get along dengan mudah, sehari dua je malu-malu lepastu da boleh menari agogo kat tempat kerja sampai manager tegur jangan menari lagi (-.-).... yaa... mereka sangat kelakar dan mereka juga kaki buli....
Genap sebulan mira kerja mira ada apply untuk jadi crew biasa sebab mira ada niat nak sambung degree untuk intake thn depan dan mira jugak rase sayang nak tinggalkan workmate yang gila-gila tu. Tapi apakan daya bila manager mentah-mentah tolak permintaan saya n cakap 'kalau boleh saya nak cepat-cepat hantar awak pegi HQ' owh myy.... so start thn depan mira da x jumpa diaorg... sedih kan?
Doakan yang terbaik untuk mira tau...
Sebelum mengakhiri kisah ini mira nak kasi sedikit nasihat kat kawan-kawan yang masih menganggur juga fresh graduate macam mira ni. Kerja dan kerjaya kadang-kadang tidak berjalan seiring. Zaman sekarang ni kita yang harus mengejar kerja bukan yang sebaliknya kerana kita tiada pilihan lain. Terlalu memilih bukan cara terbaik untuk memulakan karier sebab dari kerja itulan kita membina langkah dan mencari batu loncatan untuk langkah-langkah seterusnya yang lebih baik.... That's why la kenapa sekarang kebanyakan jawatan kosong mesti diletak syarat 'pengalaman kerja' bak pepata melayu megatakan pengalaman mendewasakan... =)
MiraHana
gud luck amira..:)
ReplyDeletethanks saiful =)
ReplyDelete